suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 bagi tempoh seminggu naik dua sen seliter daripada RM2.61 kepada RM2.63 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga baharu RON97 itu akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 malam pada Sabtu, 30 Mac hingga 5 April.

"Bagaimanapun, harga RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing ditutup pada RM2.08 dan RM2.18 seliter susulan keputusan Kabinet untuk mengurangkan beban kewangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mekanisme harga bahan api mingguan telah diperkenalkan semula pada 5 Jan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) yang baharu.

Di bawah sistem ini, harga bahan api mingguan diumumkan pada setiap Jumaat dan berkuat kuasa selama satu minggu. - The Star

RON97, RON95, diesel, Kementerian Kewangan

Artikel Lain