suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Grab Malaysia perkenal khidmat hantar makanan guna helikopter... dari Singapura!

GrabFoodCopter akan dilancarkan pada 1 April ini. Facebook GrabFoodMy

GRAB Malaysia membawa perkhidmatan penghantaran makanannya ke tahap yang baharu dengan memperkenalkan GrabFoodCopter. Ya, penghantaran makanan menggunakan helikopter.

Menurut video yang dimuat naik di halaman Facebook GrabFood, perkhidmatan itu menyasarkan kepada rakyat Malaysia yang segan mengakui mereka lebih menyukai makanan Singapura.

Sehubungan itu, mereka boleh menggunakan perkhidmatan GrabFoodCopter untuk makanan dihantar dari Singapura dan menikmati buah-buahan atau hidangan secara rahsia, tanpa dikritik oleh rakan-rakan.

Grab memberitahu, mereka mencari 1,500 orang untuk menguji beta GrabFoodCopter.

Menurut Pengurus Komunikasi Grab, Regina Robin, penghantaran semasa tempoh ujian beta adalah percuma.

Bagi mereka yang berminat boleh mendaftarnya di sini.

Borang tersebut memerlukan peserta menamakan restoran Singapura yang terkenal yang mahu disenaraikan dalam GrabFood Malaysia. 

Grab Malaysia bakal melancarkan perkhidmatan GrabFoodCopter pada 1 April ini. - The Star

Grab, GrabFoodCopter, Regina Robin

Artikel Lain