suria

Wanita cedera kereta Ferrari rempuh bar

Kereta Ferrari yang merempuh sebuah bar, mengakibatkan seorang pelanggan wanita cedera.

SEORANG wanita cedera dalam kejadian sebuah kereta Ferrari merah merempuh sebuah bar di Plaza Batai di Kuala Lumpur.

Insiden pada pukul 8.45 malam Khamis itu, mengejutkan para pelanggan yang duduk di luar bar, apabila kereta berkenaan merempuh seorang wanita.

Salah seorang pekerja bar yang enggan dikenali memberitahu pemandu kereta mewah itu merupakan pelanggan tetap.

Dia yang tidak pasti mengenai bagaimana kejadian boleh berlaku bagaimanapun berkata, kereta tersebut secara tiba-tiba meluru ke hadapan dan merempuh salah seorang pelanggan wanita.

Seorang pengawal keselamatan di lokasi kejadian turut memberitahu bahawa pemandu terbabit mungkin menekan minyak secara tidak sengaja.

"Wanita itu mengalami pendarahan di muka dan lengan kiri tetapi dalam keadaan sedar.

"Syukur seorang doktor tampil dan membantunya. Beberapa pelanggan membawa mangsa ke hospital," katanya.

Kereta Ferrari itu bagaimanapun tidak mengalami kerosakan teruk dan dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

Berita palsu mengenai seorang wanita terbunuh dalam insiden tersebut tular pada lewat malam Khamis. - The Star

Ferrari

Artikel Lain