suria

Leka hisap dadah... tiga warga emas antara ditahan

TIGA warga emas adalah antara 27 lelaki ditahan polis semasa leka menghisap dadah di sebuah tapak pembinaan kilang di Kampung Permatang Tok Jaya, Sungai Dua Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata ketiga-tiga warga tua berusia 60 tahun itu ditahan bersama-sama 24 lelaki berusia antara 18 dan 58 tahun dalam Ops Sarang yang berakhir jam 6 petang.

“Kebanyakan mereka adalah pekerja  buruh dan hasil pemeriksaan ke atas mereka, polis menemui dadah jenis heroin seberat 2.4 gram, syabu 0.2 gram dan kira-kira 250 ml air ketum,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ujian saringan awal mendapati kesemua mereka positif mengambil dadah dan siasatan mendapati mereka telah menjadikan tapak pembinaan kilang itu sebagai sarang untuk menghisap dadah. - Bernama

dadah

Artikel Lain