suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pulau Pinang cadang naikkan kadar caj beg plastik kepada 50 sen

Gambar hiasan. - Pixabay

PULAU Pinang menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit berbanding 20 sen sekarang selepas kadar semasa didapati kurang berkesan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

“Mungkin ada pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini,” katanya dalam sesi dialog ‘Ke Arah Pulau Pinang Bebas Plastik Sekali Guna dan Tak Nak Penyedut Minuman' di Georgetown pada Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan statistik berhubung kadar pengurangan dalam penggunaan beg plastik sejak caj itu diperkenalkan  pada 2009 dan sehingga kini sebanyak 419 perniagaan berdaftar dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengenakan caj itu.

Phee berkata bagi tempoh April tahun lepas sehingga kini, perniagaan terbabit mengeluarkan kira-kira enam juta beg plastik kepada pengguna. - Bernama

caj, beg plastik

Artikel Lain