suria

Lokman Adam didakwa hari ini susulan insiden melibatkan penuntut UM

Angota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam

ANGGOTA Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah pada Khamis susulan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lokman yang mengesahkan perkara itu melalui laman sosial Facebooknya berkata beliau menerima surat pertuduhan pada Rabu dan diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi Khamis.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.

"Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya telah mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa)," katanya.

Jumaat lepas, tercetus insiden tolak menolak antara mahasiswa UM dan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu.

Semasa kejadian, Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.

Polis mengesahkan menerima 12 laporan berikutan insiden itu.- BERNAMA

Artikel Lain