Guna platform betul salur maklumat kes Adib - Dr Lee

Muhammad Adib Mohd Kassim.

MANA-mana petugas perubatan perlu menggunakan saluran yang betul dan tidak menyebarkan sebarang maklumat menerusi media sosial berkaitan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ini kerana sebarang maklumat berkaitan kes Muhammad Adib akan digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

"Apabila mereka (petugas perubatan) menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan maklumat, ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak benar seterusnya akan menganggu siasatan kes tersebut.

"Gunakan platform yang betul dengan tampil sebagai saksi pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib supaya maklumat yang diperolehi itu boleh dikenal pasti sama ada mempunyai kesahihan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega Hapuskan Denggi Di Taman Rapat Setia Baru di Ipoh pada Ahad.

Lee berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan seorang jururawat yang tular di media sosial kononnya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi membuat kenyataan tidak tepat pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang dijalankan di Mahkamah Koroner.

Jumaat lepas, Dr Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 berpandangan corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada (toraks) bukan seperti biasa dialami seseorang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.

Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen balas di laman sosial media Facebook menyatakan bahawa kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh ‘violence' (keganasan).

Bagaimanapun, jururawat terbabit membuat permohonan maaf pada Sabtu dan membetulkan kenyataannya serta berharap pihak yang menularkan dakwaannya agar memadamkan kenyataan tersebut.

Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember. - BERNAMA

Adib, bomba

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain