suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes pembuangan sisa toksik Sungai Kim Kim, tiga suspek didakwa

JOHOR BAHRU: Tiga tertuduh kes pencemaran Sungai Kim Kim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pagi Ahad.

Ketiga-tiga lelaki terbabit tiba di mahkamah pukul 9.05 pagi dengan kawalan ketat polis.

Dua daripada suspek yang memakai tshirt berwarna putih menutup muka dengan topeng muka manakala seorang lagi suspek menutup muka dengan baju berwarna coklat yang dipakainya.

Kelihatan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh turut tiba di mahkamah sekitar pukul 9.15 pagi.

Media pelbagai agensi turut menanti ketibaan suspek seawal pukul 8 pagi. - Sinar Harian

Sungai Kim Kim, sisa toksik

Artikel Lain