suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi KTMB beri keterangan di SPRM

PENGERUSI Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Datuk Rameli Musa hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Beliau tiba di pejabat SPRM di sini dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada kira-kira pukul 10 pagi.

Minggu lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyebut Rameli sebagai pemilik akaun bank yang membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Didakwa wang tersebut dibayar untuk menyelesaikan kes saman antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Rewcastle Brown.

Pada 2017, Abdul Hadi memfailkan saman terhadap Rewcastle Brown di London pada Ogos 2016, berhubung artikel Sarawak Report yang mendakwa PAS menerima RM90 juta sebagai jaminan ia menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Rewcastle Brown menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi pada Oktober 2017.

Pada 1 Februari lalu, Abdul Hadi dan Rewcastle Brown bersetuju untuk penyelesaian kes luar mahkamah.

Bagaimanapun, PAS sekeras-kerasnya menafikan sebarang wang dibayar untuk menyelesaikan kes tersebut. - The Star

Rameli Musa, KTMB, PAS, SPRM

Artikel Lain