Jaket 'ready to wear' sentuhan magis Alia B tonjol sisi berbeza Captain Marvel - Semasa | mStar

Jaket 'ready to wear' sentuhan magis Alia B tonjol sisi berbeza Captain Marvel

Alia Bastamam melakar rekaan jaket yang diinspirasikan daripada filem Capten Marvel.

KARAKTER Captain Marvel yang gagah dan berjiwa cekal menjadi inspirasi buat pereka fesyen terkemuka tanah air, Alia Bastamam menghasilkan dua rekaan jaket eksklusif khusus buat penggemar filem adiwira itu.

Menurut wanita berusia 34 tahun ini, watak wanita perkasa yang begitu akrab dengan dirinya membuatkan dia tidak teragak-agak untuk menerima kolaborasi yang ditawarkan sebuah syarikat minyak tempatan.

"Saya seorang yang gemarkan karakter adiwira wanita dan Captain Marvel antara yang paling happening kerana wataknya yang kuat dan berjiwa kental.

"Alia suka dengan konsep yang dibawa dan sentiasa teringin untuk melakukan perkara mencabar.

"Dan setiap kolaborasi yang dibuat, kalau saya rasa ianya satu batu loncatan buat saya, mengapa tidak?", katanya ketika ditemui mStar Online di butiknya di Bukit Damansara di ibu negara.

Petron menjalinkan kerjasama bersama Alia Bastamam sebagai mempromosikan filem itu yang bakal ditayangkan di negara ini pada 6 Mac ini.

Memulakan tapak dalam industri fesyen melalui busana pengantin sejak lapan tahun lalu, Alia memberitahu ia suatu keterujaan buat dirinya untuk menghasilkan jaket ini sekaligus mempromosikan koleksi ready-to-wear di bawah label Alia B.

Alia Bastamam

"Ia bukanlah suatu perkara baharu buat saya. Kami memiliki koleksi ready to wear  yang orang ramai tidak sedari mengenainya. Ianya adalah Alia B ready to wear.

"Mungkin ramai yang terkejut apabila saya mengeluarkan jaket ini kerana selama ini mereka hanya mengetahui Alia Bastamam lebih kepada rekaan busana perkahwinan.

"Saya lihat kolaborasi ini sebagai peluang untuk menunjukkan Alia B is around!", katanya.

Bercerita lanjut mengenai idea dan konsep jaket itu, pemenang Pereka Terbaik 2017 di KL Fashion Week ini memberitahu dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan rekaan ini selain berdepan beberapa cabaran lain.

"Cabaran kerjasama ini adalah apabila saya harus mereka sesuatu yang sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita, iaitu mencari keseimbangan dalam sesuatu rekaan itu agar ia tidak terlalu maskulin dan tak terlalu feminin.

"Untuk rekaan jaket ini, Alia perlu dig into Captin Marvel punya gambar dan saya buat keputusan untuk menghasilkan bomber jaket yang diperbuat daripada fabrik neoprene dan satu lagi military jaket.

"Selain itu, cabaran dalam rekaan ini juga membuatkan jaket itu sesuai dipakai pada bila-bila masa pun. Alia tak nak design sesuatu yang nampak terlalu kostum. Jadi Alia gambarkan ia sesuatu yang orang boleh pakai setiap hari," ujarnya.

Dua jaket rekaan Alia Bastamam

Dua rekaan itu hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru cair dengan dua konsep ketenteraan (military) dan gaya sporty.

Bercerita mengenai penggayaan jaket tersebut, Alia memberi idea rekaan yang memiliki suntikan kedua-dua gaya itu sesuai digayakan bersama printed skirt, atau jeans dan sesuai sebagai pakaian harian.

"Saya rasakan dalam fesyen masa kini ramai yang lebih gemarkan rekaan seperti ini. Dalam keadaan fesyen semasa yang berubah-ubah, kita dapat melihat wanita juga suka pakai sesuatu yang seperti ini.

"Alia sendiri akan mengenakan jaket ini dengan printed skirt, atau jeans. Ianya sesuatu yang cool. Boleh juga dipakai bersama dress dan sneakers," katanya.

Mana-mana pelanggan Petron berpeluang membawa pulang dua jaket ini dengan menyertai peraduan Captain Marvel Petron dan ianya terhad kepada 40 pemenang sahaja.

Ahli Petron Miles secara automatik layak mendapat cabutan bertuah apabila mereka membelanjakan minimum RM50 bermula 21 Februari hingga 6 April 2019 di mana-mana 630 stesen minyak Petron di Malaysia.

"Tiga tahun kebelakangan ini kami fokus untuk menembusi pasaran luar negara. Ketika ini jenama Alia Bastamam sudah berada di pasaran Singapura, dan kami sudah mula menghantar pakaian ke Milan, bagaimanapun ia masih baru. Kami akan bekerja keras untuk itu," akhirinya.

Poster filem Captain Marvel yang bakal ditayangkan 6 Mac ini.

Alia Bastamam , Captain Marvel

Artikel Sebelum

Pengerusi KTMB beri keterangan di SPRM

Artikel Berikut

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain