suria

Papagomo ditahan susulan insiden kasari, ugut Syed Saddiq

Papagomo.

EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo ditahan selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Kajang pada Sabtu.

Difahamkan Papagomo ditahan di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Papagomo ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang susulan laporan polis dibuat Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way pada Sabtu.

Papagomo dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kajang untuk diambil keterangan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, memberitahu bahawa Papagomo adalah antara dua individu yang sudah dipanggil bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes serangan ke atas Syed Saddiq.

Bagaimanapun seorang lagi individu yang dipercayai adalah Ketua Pemuda sebuah parti politik, dilaporkan sudah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis pada Sabtu.

Siasatan oleh Polis Daerah Kajang dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas selepas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kajang mendakwa dikasari dan dipukul dari arah belakang.

Pada Sabtu, klip video yang tular di media sosial memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan Syed Saddiq diiringi oleh anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan lelaki

Syed Saddiq, Papagomo

Artikel Lain