suria

Banyak 'projek sakit' bernilai lebih setengah bilion tertangguh di Johor

Tapak pembinaan ibu pejabat polis daerah Iskandar Puteri baharu.

SEKURANG-KURANGNYA lapan projek kerajaan di seluruh Johor yang bernilai lebih setengah bilion ringgit telah ditangguhkan selama beberapa bulan dan tahun.

Laporan eksklusif The Star mendedahkan, projek-projek termasuk infrastruktur dan bangunan untuk dibina ini dinamakan 'projek sakit'.

Salah satu yang paling lama tertangguh di Johor adalah ibu pejabat polis daerah Iskandar Puteri baharu bernilai RM89.4 juta yang telah ditangguhkan sejak 2016.

Projek-projek lain yang lambat siap termasuk klinik kerajaan dan kuarters baharu Ungku Tun Aminah bernilai RM18.9 juta yang ditangguhkan selama hampir 15 bulan.

Ia turut melibatkan kerja naik taraf berjumlah RM24 juta bagi kuarters kerajaan di Mersing.

Antara projek sakit lain termasuk projek bernilai RM23.6 juta untuk membina dan meningkatkan institut kuarters di Mersing, projek bernilai RM15.6 juta untuk dirobohkan dan membina pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan Muar serta RM6.6 juta pula bagi projek jambatan baharu di Kota Tinggi.

Sekurang-kurangnya dua projek menaik taraf jalan antara Bandar Penawar dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) juga telah ditangguhkan selama tujuh bulan.

Kedua-dua projek itu melibatkan pembesaran jalan sepanjang 26.8km daripada dua lorong kepada empat lorong dan bernilai kira-kira RM358 juta.

Antara masalah yang dihadapi kontraktor dalam 'projek sakit' ini adalah masalah pengambilan pekerja asing, pengambilan tanah, kelewatan dalam memindahkan kabel utiliti dan paip, tidak dibayar tepat pada masanya oleh pihak kerajaan dan jentera tidak mencukupi. - The Star

projek sakit

Artikel Lain