suria

PRK Semenyih 2 Mac

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan hari penamaan calon pada 16 Februari.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung perkara tersebut.

Kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangNYA, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Bakhtiar menewaskan calon-calon daripada Barisan Nasional, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pertembungan empat penjuru, dengan majoriti 8,964 undi.

Beliau memperoleh 23,428 undi. - The Star


PRK, Semenyih, SPR, Azhar Azizan Harun

Artikel Lain