Geng pecah rumah tinggal najis tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan pecah rumah dengan meninggalkan najis apabila menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang terlibat dengan beberapa kejadian jenayah itu di Bandar Tasik Puteri Kundang, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Rawang dan Selayang dekat sini kira-kira 1 pagi Khamis.

"Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan pemutar skru mengumpil tingkap rumah atau tingkap tandas sebelum masuk ke dalam rumah mangsa.

"Setelah mengambil barang-barang berharga, suspek akan membuang air besar di tempat kejadian bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa seolah-olah disihir," katanya dalam satu kenyataan Khamis malam.

"Kumpulan yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai 'Cicak' itu akan menjual barang-barang hasil pecah rumah kepada kenalan mereka dengan harga sekitar RM50 hingga RM100," katanya.

Samsor berkata suspek menyewa teksi untuk bergerak mencari sasaran rumah-rumah untuk melakukan jenayah tersebut dengan tujuan mengaburi polis daripada mengesan kegiatan mereka.

Beliau berkata kumpulan berkenaan mula aktif sejak awal tahun ini, dengan kegiatan berkenaan akan dilakukan pada tengah malam sehingga awal pagi di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri Kundang.

"Dengan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan itu. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan mereka direman sehingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata seorang suspek lelaki mempunyai 12 rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah, kes jenayah dan dikehendaki polis.

Salah seorang lelaki tersebut juga didapati positif dadah jenis syabu, katanya.-- Bernama


Cicak, Samsor, Kundang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain