suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

Foto: Sinar Harian.

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pukul 4.45 pagi Jumaat akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih.

“Jenazah akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas, Baktiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan calon BN, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.- BERNAMA

Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain