suria

Tiga individu hina Agong bebas dengan jaminan polis

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Tiga individu yang ditahan kerana menghina Sultan Muhammad V telah dibebaskan dengan jaminan polis, ujar Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, pihaknya masih lagi membuat siasatan berhubung empat laporan yang dibuat mengenai kejadian itu.

"Kita terpaksa ambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam," ujarnya.

Pihak polis dikatakan menerima beberapa laporan mengenai perbuatan tiga individu tersebut yang mengeluarkan komen menerusi media sosial.

Eric Liew Chee Ling, 46, Azham Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26, ditahan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Noor Rashid berkata, mereka mempunyai anggota secukupnya untuk memastikan keselamatan di sana.

"Salah satu fokus kami tentunya keadaan lalu lintas, kami juga akan bekerja rapat dengan beberapa agensi sempena PRK itu nanti," katanya. - The Star.

Artikel Lain