suria

Rafizi Ramli, Chang Lih Kang, Ali Biju dilantik naib presiden PKR

Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli dilantik sebagai naib presiden PKR, sebagai sebahagian daripada barisan baharu kepimpinan parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan perlantikan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang sebagai naib presiden yang baharu.

Ini termasuk Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju sebagai naib presidennya, bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

Pengumuman tersebut dibuat susulan mesyurat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Jumaat.

Anwar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Ahli Parlimen Hang Tuah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dinamakan sebagai Ketua Penerangan PKR, manakala Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad diumumkan sebagai setiausaha pengelola.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kekal sebagai setiausaha agung parti, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chean Chung dilantik sebagai bendahari agung PKR.

Anwar turut menamakan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Edmund R. Santhara Kumar sebagai timbalan setiausaha agung parti, manakala Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan S. Manivanan dilantik sebagai timbalan ketua penerangan.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Dr Mansor Othman kini merupakan pengarah strategik PKR, manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilantik sebagai pengarah komunikasi.

Mesyuarat tersebut turut mencadangkan bekas naib presiden parti, Tian Chua untuk memimpin jawatankuasa keanggotaan, dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengetui jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) PKR. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain