suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ugut serang balai polis, Presiden JMM ditahan

Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar.

PETALING JAYA: Polis menahan Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar kerana ucapannya yang berunsur provokasi dalam satu perhimpunan pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu ditahan kira-kira pukul 2.40 petang di pusat membeli-belah Kompleks Keramat, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Dia disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah dan Seksyen 504 kerana menghina seseorang.

"Dia akan direman di mahkamah Klang kira-kira pukul 9 pagi Khamis," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Azwanddin disiasat kerana kenyataan berunsur provokasi sewaktu berucap pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy di Klang pada Selasa.

Malah beliau turut menggesa orang ramai supaya 'menyerang' balai polis jika tiada tindakan diambil terhadap kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Azwanddin dalam satu perhimpunan yang dianjurkan Gerakan Rakyat Malaysia (Geras).

Presiden Geras, Abu Bakar Mohamed bagaimanapun meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Azwanddin yang dianggap bertentangan dengan garis panduan ditetapkan Geras kepada semua penceramah pada perhimpunan tersebut.

Azwanddin, JMM

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia