Laporan akhir bedah siasat Muhammad Adib mungkin ambil masa sebulan - Semasa | mStar

Laporan akhir bedah siasat Muhammad Adib mungkin ambil masa sebulan

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

IPOH: Laporan akhir bedah siasat bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin mengambil masa sebulan, kata Dr Lee Boon Chye.

Timbalan Menteri Kesihatan berkata, kebiasaannya laporan patologi akan menyenaraikan punca kematian, tetapi siasat lanjut perlu dijalankan.

"Biasanya terdapat keperluan untuk melakukan ujian darah, dan ujian itu boleh mengambil masa sebulan bagi mendapatkan maklumat mengenai jenis kecederaan.

"Pakar patologi biasanya akan mengetahui kecederaan dalaman, dan ia bergantung sekiranya ujian darah lanjutan itu atau mana-mana yang berkaitan dengan kecederaan.

"Jika pakar patologi merasakan ia perlu untuk menentukan punca kematian, maka mereka tidak perlu menunggu keputusan ujian darah yang lain," tambahnya.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia pada 17 Disember lalu, selepas hampir sebulan bertarung nyawa akibat diserang dalam rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman Seafield.

Pada 21 Disember lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis akan mengeluarkan laporan siasatan forensik berhubung kematian Muhammad Adib dalam beberapa hari lagi.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah memberi taklimat berhubung perkembangan laporan berkenaan. - The Star


Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih