suria

Najib persenda surat Mujahid untuk Nurul Izzah, 'Dah berapa malam tak tidur?'

Najib (kiri) dan Mujahid.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mempersendakan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung surat tulus ikhlasnya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, yang mana beliau mengaku tidak dapat tidur kerana berasa bimbang.

Bekas perdana menteri bertanya Mujahid yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berapa malam beliau tidak dapat tidur kerana risaukan keadaan Puteri Reformasi tu.

"Lepas baca warkah Cordova. Kekanda (Mujahid) tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda (Nurul Izzah). Drama.

"Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang," ujar Najib secara berseloroh menerusi perkongsian status di halaman Facebooknya pada Rabu.

Menerusi surat terbuka oleh Mujahid pada 25 Disember lalu, beliau menggesa bekas naib presiden PKR itu supaya terus memimpin.

"Mereka perlukan 'puteri' mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. 

"Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan 'Puteri Reformasi' masih utuh? Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia Baru, kita perlu tentukannya bersama," katanya. - The Star