suria

Hilang ketika memancing

Gambar hiasan.

TAIPING: Seorang pemancing dipercayai hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah Batu, Trong pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Razlam Abd Hamid berkata mangsa, Muhammad Taufik Mahamad, 29, pergi memancing dengan seorang rakan di kawasan itu pada pukul 3 petang.

"Rakan mangsa telah naik ke bahagian atas untuk memancing dan mangsa mandi di kawasan tersebut,  apabila turun semula kira-kira pukul 4 petang, mangsa didapati tiada di tempat mandi kecuali hanya ada pakaian dan beg," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Menurut Razlam, rakannya telah mencari mangsa di kawasan sekitar bersama beberapa orang yang mandi di kawasan itu, namun mangsa tidak ditemui sehingga pukul 7.30 malam.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Taiping dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memulakan usaha mencari mangsa selepas menerima laporan pada 9.56 malam Isnin.

Katanya, anggota APM dan bomba memaklumkan usaha mencari berdepan kesukaran disebabkan arus sungai deras, kawasan sekitar licin dan berlumut serta keadaan sekeliling gelap walaupun disuluh dengan lampu suluh selain hujan.

Beliau berkata, gerakan mencari mangsa diteruskan pagi Selasa. - Bernama

Artikel Sebelum

Tragedi berdarah pagi Krismas

Artikel Lain