Bayi maut sebab lahir pra matang, bukan didera - Semasa | mStar

Bayi maut sebab lahir pra matang, bukan didera

BUTTERWORTH: Polis menafikan satu maklumat yang ditularkan oleh media sosial mengenai kejadian seorang bayi perempuan maut dipukul bapanya di sebuah rumah Jalan Kampung Benggali pada Sabtu, sebaliknya mengesahkan yang bayi itu meninggal dunia kerana dilahirkan pra matang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis bergegas ke rumah berkenaan untuk membuat pemeriksaan selepas menerima panggilan telefon daripada jiran pasangan suami isteri warga asing itu pada pukul 9.45 malam Sabtu, memaklumkan kononnya seorang lelaki memukul anaknya hingga mati.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian oleh polis bersama pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya mendapati ada seorang bayi yang di lahirkan tidak cukup bulan, dianggarkan 24 minggu, yang meninggal dunia.

"Ibu bayi itu merupakan wanita warga Indonesia berusia 30 tahun manakala suaminya warga Bangladesh, dan lelaki itu melarikan diri sebelum kehadiran polis kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya di sini Ahad.

Katanya berdasarkan keterangan ibu bayi itu, dia melahirkan bayi berkenaan pada pukul 4 pagi Sabtu sebelum anaknya meninggal dunia kira-kira 11 jam kemudian.

Noorzainy berkata wanita itu mendakwa telah memberikan susu formula menggunakan botol plastik sebanyak tiga kali kepada anaknya kerana bayi itu tidak tahu menyusu badan dan semasa memberikan untuk kali ketiga, anaknya muntah serta keluar lendir dan darah melalui hidungnya.

"Berdasarkan siasatan pasangan itu gagal melaporkan kelahiran bayi mereka yang tidak cukup bulan dan telah mendedahkan bayi dalam keadaan berbahaya tanpa peralatan sokongan, selepas dilahirkan pra matang.

"Ibu bayi tidak merujuk anaknya ke hospital atas alasan tiada wang untuk rawatan anaknya dan pemeriksaan ke atas fizikal bayi yang dijalankan di HSJ mendapati tiada kesan-kesan penderaan atau pukulan ke atas bayi itu," katanya.

Beliau berkata laporan bedah siasat mendapati bayi berusia lapan bulan ketika dilahirkan.

"Polis menahan ibu bayi itu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri untuk siasatan lanjut dan sedang berusaha mengesan suami wanita berkenaan, di samping teman serumah mereka iaitu seorang wanita Indonesia untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

bayi , maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain