Hutang kereta Muhammad Adib sudah langsai!

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak lagi terbeban dengan pinjaman kereta apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) membatalkan nama Muhammad Adib sebagai peminjam sekaligus menyelesaikan pembiayaan untuk kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang dibeli oleh Allahyarham pada Oktober lalu.

Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Datuk Mohd Yunos Abd Ghani ketika mengesahkan perkara itu berkata “Muhammad Adib beli kereta tersebut pada Oktober lalu, jumlah pembiayaan itu tidak dapat kami dedahkan.”

“Kita akan batalkan nama beliau sebagai peminjam serta merta dan selepas ini terserah kepada bapa arwah untuk menukar nama kenderaan milik arwah kepada keluarga di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya ketika mengunjungi keluarga Allahyarham di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini.

Mohd Yunos berkata, pihaknya merasakan perlu berbuat demikian bagi mengenangkan jasa dan pengorbanannya ketika menjalankan tugas kepada masyarakat, malah Allahyarham adalah wira bagi seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kunjungan itu, Mohd Yunos turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata “Saya ucapkan terima kasih  kepada BSN yang menyelesaikan pembiayaan kereta anak saya ini dan seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang selama ini.”

Mohd Kassim berkata, beliau berhasrat untuk mewakafkan sebahagian sumbangan tersebut atas nama Muhammad Adib.

Beliau juga menyatakan rasa terharu dengan kunjungan pelbagai pihak dan orang ramai di kediaman mereka, walaupun sudah enam hari jenazah anaknya dikebumikan.

Beliau berkata, sejak kematiannya anaknya itu, kediamannya tidak sunyi daripada menerima kehadiran tetamu dari jauh dan dekat yang ingin berkongsi kesedihan mengenai tragedi yang menimpa keluarganya serta menyampaikan sumbangan.

“Tiada apa nak saya nak cakapkan, cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat yang bersimpati dengan kejadian ini,” katanya.

Turut berkunjung ke rumah anggota bomba itu pagi tadi ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Pengerusi Yayasan Islam Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang turut menyampaikan sumbangan RM1,000.

Pada 20 Diember lalu, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff meluangkan masa menziarah keluarga berkenaan bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat kepada ibu-bapa Allahyarham.

Selain itu, Pegawai Khas (Ekonomi) kepada Timbalan Perdana Menteri, Ameer Ali Vali Mohamed turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham bagi pihak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Jumaat lalu.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang parah akibat dipukul sekumpulan perusuh  ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin lalu  di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. - Bernama

Muhammad Adib, BSN

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain