Tentera ditahan rogol teman wanita - Semasa | mStar

Tentera ditahan rogol teman wanita

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Seorang tentera ditahan pada Sabtu kerana didakwa memukul dan merogol teman wanitanya di Lahad Datu.

Suspek, 24, yang berpangkalan di kem tentera di Sarawak, dikatakan menghantar mesej dan meminta mangsa bertemu dengannya berdekatan tempat kerja di sebuah pusat membeli-belah di Kota Kinabalu, kira-kira pukul 6.30 petang Isnin lalu.

Dipercayai tentera yang berasal dari Kg Paris 1, Kinabatangan (daerah pantai timur Sabah) membawa mangsa ke stesen bas Inanam menggunakan teksi dan mendapatkan tiket ke Lahad Datu.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, setibanya mereka di Lahad Datu, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di mana dia memaksa melakukan hubungan seks dengannya.

"Mangsa mendakwa dipukul di bahagian lengan, perut dan paha ketika insiden berlaku," kata Nasri.

Beliau berkata pada Rabu lalu, mangsa akhirnya dilepaskan oleh suspek dengan menghantarnya ke pusat membeli-belah, sebelum dijemput oleh sepupunya.

Mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan laporan polis dibuat kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

Laporan perubatan menunjukkan bahawa terdapat lebam pada badan mangsa dan kesan koyakan di bahagian kemaluannya.

"Suspek ditahan pada kira-kira pukul 9 malam pada hari yang sama," kata Nasri, sambil menambah suspek sedang disiasat di atas dakwaan merogol. - The Star

rogol

Artikel Sebelum

Tragedi pokok manggis

Artikel Berikut

Artikel Lain