suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan forensik kes kematian Adib siap beberapa hari lagi

MUAR: Polis akan mengeluarkan laporan lengkap forensik kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam beberapa hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telah diberi taklimat berhubung laporan tersebut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan persekolahan kepada 550 murid dalam  program Jom Ke Sekolah 2019, peringkat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini, beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengumumkan laporan kematian anggota bomba itu kepada umum  mengikut keperluan dan kesesuaian.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan  Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan beliau meninggal dunia pada 17 Dis. - Bernama

Adib

Artikel Lain