suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadir minta Wayhta Moorthy letak jawatan secara rela agar tidak bebankan PM

Kadir (kiri) menasihatkan agar Waytha Moorthy (kanan) letak jawatan sebagai menteri Kabinet secara sukarela.

PETALING JAYA: Datuk A. Kadir Jasin menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy untuk meletakkan jawatan secara sukarela selepas hilang keyakinan rakyat.

Penasihat media kepada perdana menteri itu berkata, Waytha Moorthy harus secara sukarela undur diri daripada membebankan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kadir berkata demikian walaupun perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi menteri berkenaan.

"Saya minta maaf untuk menyatakan bahawa Waytha Moorthy telah diberikan peluang dan penghormatan tertinggi untuk menjadi anggota Kabinet tetapi beliau telah mensia-siakannya," kata beliau menerusi blognya pada Jumaat.

"Saya bersetuju dengan sentimen rakyat bahawa Waytha Moorthy tidak lagi memiliki kepercayaan rakyat untuk meneruskan jawatan sebagai seorang menteri, lebih-lebih lagi menjadi menteri yang menjaga perpaduan negara.

"Beliau menjadi sebuah karakter yang memecahbelahkan (perpaduan)," kata Kadir.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan bahawa beliau mempunyai kata putus sama ada Waytha Moorthy harus kekal dalam Kabinet. - The Star

Kadir Jasin, Waytha Moorthy

Artikel Lain