suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Enam lagi ahli Parlimen Umno mengumumkan keluar parti.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Tiga lagi ahli Parlimen adalah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor).

Satu surat ditandatangani oleh enam ahli Parlimen tersebut bagi memaklumkan parti mengenai keputusan mereka, telah dihantar kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut sumber, surat yang memaklumkan kepada Umno bahawa kesemua mereka keluar parti berkuat kuasa 14 Disember, Jumaat, dihantar pada pukul 3.50 petang. - The Star


Umno

Artikel Sebelum

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Artikel Lain