suria

Anak Mukhriz kecam peserta himpunan bantah ICERD, “Mereka terlalu mengecewakan”

Melia Serena Mukhriz. Foto instagram serena.mukhriz

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengecam peserta Himpunan  Bantah ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

Melia Serena memuat naik gambar di Instagram Stories dengan keterangan: "Menjijikkan.... saya tak peduli. Terlalu mengecewakan."

Dia turut mengatakan bahawa Wawasan 2020 hilang kerana "anda semua".

Menerusi posting Instagram Stories yang lain, Melia yang seolah-olah memberi reaksi kepada mereka yang menghantar mesej kepadanya susulan posting terdahulu, mengkritik peserta Himpunan Bantah ICERD, dengan mengatakan kekecewaan melihat mereka dalam kalangan bangsanya sendiri begitu "membenci, dikriminasi dan menindas."

"Satu perkara yang mereka tidak setuju, mereka akan segera menghendap kamu dan mengatakan perkara yang paling menyakitkan hanya kerana mereka ditegur.

"Jika anda berfikir untuk memberi komen-komen yang negatif untuk membuatkan saya kesal mengenai apa yang saya kata atau merasakan saya teruk dengan diri saya, anda hanya memperbodohkan diri sendiri. Saya tenang saja," katanya.

Pada Sabtu, perhimpunan tersebut diadakan untuk menyambut keputusan kerajaan yang tidak akan meratifikasi konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Para pemimpin pembangkang hadir dalam himpunan itu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kerajaan memutuskan untuk tidak mengesahkan ICERD ketika bantahan berterusan daripada pembangkang yang mendakwa perjanjian hak asasi manusia PBB akan menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. - The Star

Melia Serena, ICERD, Mukhriz Mahathir

Artikel Lain