Kurang 25 peratus gula, Milo lengkapkan amalan gaya hidup sihat - Semasa | mStar

Kurang 25 peratus gula, Milo lengkapkan amalan gaya hidup sihat

Keenakan serta khasiat Milo menjadikan ia minuman popular di negara ini.

SEIRING perubahan zaman, kesedaran mengenai gaya hidup semakin diutamakan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.

Situasi itu juga mendorong pelbagai syarikat cuba menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan komuniti yang mementingkan kesihatan.

Bukan sahaja di rumah, malahan makanan dan minuman sihat sering menjadi pilihan di pejabat dan juga ketika mengadakan majlis atau acara tertentu.

Menyedari hal itu, Milo yang dikenali sebagai minuman popular seisi keluarga ini melangkah setapak ke hadapan.

Terkini, Milo mengambil pendekatan memperkenalkan pilihan terbaharu dalam rangkaian produknya, iaitu Milo Kurang Gula.

Biarpun kandungan gula dikurangkan sebanyak 25 peratus, ia masih lagi mengekalkan rasa asli Milo yang disukai ramai.

Malah, khasiat minuman itu juga masih sama biarpun kandungan gula telah dikurangkan.

Pilihan Milo terbaharu dengan kandungan gula yang dikurangkan sebanyak 25 peratus.

Menurut Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Milo dan Susu, Nestle Products Sdn. Bhd., Kumaran Nowuram, pilihan terbaharu itu mencerminkan usaha dalam mempromosi gaya hidup sihat di negara ini.

"Milo kurang gula merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.

"ia juga untuk memastikan penggemar minuman kurang manis dapat menikmati kebaikan dan keunikan rasa Milo, selain selari dengan agenda nasional kami untuk membantu pengguna meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat," ujarnya.

Untuk rekod, Milo merupakan minuman malt coklat berkahsiat yang mula diperkenalkan pada 1950.

Selain kebaikan semua jadi malt, ia turut mengandungi susu, koko, serta diperkaya dengan ACTIV-GO iaitu campuran unik vitamin dan mineral.


 

Milo , Milo Kurang Gula , Nestle

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!