suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lembaga Peperiksaan nafi soalan Biologi SPM salah

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Tiada kesilapan soalan bagi kertas peperiksaan Biologi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), demikian menurut Lembaga Peperiksaan.

Dalam kenyataan pada Rabu, Lembaga Peperiksaan menafikan laporan tentang kesilapan soalan bagi mata pelajaran tersebut.

“Perkara berkaitan salasilah keluarga yang dikemukakan adalah terkandung dalam kurikulum dan buku teks Biologi tingkatan lima.

“Bagi soalan berkenaan, calon dikehendaki membuat ramalan berdasarkan rajah salasilah keluarga yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu juga, Lembaga Peperiksaan melahirkan kekesalan terhadap masalah yang berlaku membabitkan kertas peperiksaan Braille (kertas peperiksaan khusus bagi calon cacat penglihatan) SPM 2018.

“Masalah tersebut berkemungkinan memberi kesan terhadap kefahaman dan jawapan calon. Lembaga Peperiksaan akan memastikan keadilan kepada calon adalah terjamin dengan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan,” katanya.

Justeru, Lembaga Peperiksaan akan memastikan masalah seumpama itu tidak akan berulang pada masa hadapan. - BERNAMA

SPM, Biologi

Artikel Sebelum

Artikel Lain