suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular sawa dihantar ke USM guna Pos Laju spesis terancam

GEORGE TOWN: Seekor ular sawa yang ditemui di dalam sebuah bungkusan Pos Laju dan dihantar ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, bukan ular sawa Burma, tetapi ular sawa darah.

Seorang pakar ular, R.Tayalan berkata, ia boleh dikenal pasti berdasarkan warna merah pada haiwan reptilia itu,

"Ular sawa darah merupakan spesis yang terancam. Ia popular kerana kulitnya yang cantik.

"Sedangkan ular sawa Burma biasanya boleh didapati di kedai-kedai haiwan perliharaan, tetapi ada memerlukan permit untuk membelanya," katanya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jauh perjalanan... Ular sawa dikirim dari Gopeng ke USM guna Pos Laju

Ular sawa darah secara saintifiknya dikenali sebagai Python Curtus, ditemui di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Sumatera dan Borneo.

Tayalan berharap syarikat khidmat penghantaran Pos Laju menyerahkan haiwan itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

"Nasib baik, mereka membuka bungkusan itu. Mengurung seekor haiwan di dalam ruang sempit itu merupakan satu penderaan ke atas haiwan," tambahnya.

Pada Isnin, gambar-gambar yang tersebar di media sosial, menunjukkan seekor ular sawa hidup ditemui di dalam sebuah bungkusan Pos Laju, beralamatkan ke USM.

Posting yang dikongsikan di halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, menunjukkan bungkusan itu dikirimkan dari Gooeng, Perak, dan beralamatkan kepada seorang pelajar di USM.

Haiwan merupakan antara barangan larangan dan berbahaya yang tidak diterima syarikat khidmat penghantaran itu, menurut Akta Pejabat Pos 1947.

ular sawa, Pos Laju, USM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain