suria

Rosmah, bekas pembantu akan didakwa Khamis ini

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi tuduhan baharu di mahkamah pada Khamis ini bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Sumber berkata enam pertuduhan yang berkaitan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak  akan disebut kepada kedua-dua mereka, yang melibatkan sejumlah RM6.5 juta.

Rosmah merupakan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan ditahan sebelum kes mahkamah seperti yang berlaku awal bulan lepas.

Beliau telah dimaklumkan untuk pergi ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi Khamis.

Pada 3 Oktober lalu, Rosmah ditahan ketika memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Beliau ditahan dengan 17 tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari berikutnya.

Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan bahawa beliau akan didakwa Khamis tetapi masih dalam kabur dengan pertuduhan yang akan dikenakan.

The Star dalam satu laporan eksklusif Isnin lalu, melaporkan bahawa Rosmah dan Rizal akan didakwa di mahkamah berkaitan dengan projek hibrid solar.

Rosmah Mansor, hibrid

Artikel Lain