Penjawat awam terima bonus RM500 sebelum 25 Disember! - Semasa | mStar

Penjawat awam terima bonus RM500 sebelum 25 Disember!

PUTRAJAYA: Penjawat awam akan menerima bayaran sekali sebanyak RM500 berserta gaji mereka yang akan dibayar sebelum 25 Disember ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini akan menjadi kali pertama pembayaran bonus akan dibuat pada tahun yang sama.

Sebelum ini, katanya, bonus dibayar pada tahun berikutnya.

"Tiada peruntukan untuk (macam) bayaran itu dalam Belanjawan 2018, tetapi kerajaan akan mencari sumber dan cara untuk memberikan bonus kepada penjawat awam.

"Kita berharap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan memberikan kita pendapatan tambahan untuk bayaran tersebut," katanya pada Selasa.

Menerusi Belanjawan 2019, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan bayaran sekali sebanuak RM500 untuk penjawat awam bagi Gred 54 dan ke bawah.

Ia turut akan memberikan jumlah yang sama kepada pesara yang menerima kurang RM1,000 sebulan, manakala pesara lain diberikan RM250.

bonus , penjawat awam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain