Polis gesa pengguna muat turun aplikasi kesan panggilan scam untuk elak ditipu - Semasa | mStar

Polis gesa pengguna muat turun aplikasi kesan panggilan scam untuk elak ditipu

PETALING JAYA: Pihak polis menasihatkan para pengguna untuk muat turun aplikasi yang boleh menyekat panggilan dan pesanan 'spam'.

Tindakan itu boleh mengelak daripada dihubungi oleh scammer seperti sindiket Macau Scam, menurut kenyatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebooknya.

Pihak polis bertanya sama ada pengguna sudah mencuba aplikasi seperti Truecaller atau WhosCall untuk tujuan tersebut.

Statistik daripada Kementerian Komunikasi dan Media menunjukkan penipuan melibatkan telekomunikasi mencatatkan kerugian sebanyak RM162.6 juta bagi tahun ini dengan Macau Scam yang paling biasa berlaku.

Macau Scam selalunya bermula dengan panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai bank, agensi kerajaan atau pemungut hutang.

Scammer kemudian mendakwa mereka yang berpotensi untuk diperdaya bahawa mereka ada membuat pinjaman wang atau tidak membayar sejumlah denda.

Kebiasaannya, mereka diberikan masa yang singkat iaitu kurang dari sejam untuk membuat pembayaran penuh atau berdepan risiko yang lebih buruk.

Menurut posting pada Facebook PDRM, aplikasi menyekat panggilan scam berfungsi dengan kaedah pengumpulan nombor telefon yang pernah dilaporkan.

Walaupun tiada jaminan bahawa aplikasi tersebut boleh menghentikan risiko ditipu scammer, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko daripada diperdaya. - The Star

Truecaller , Macau Scam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain