suria

Kor Ming, isteri dahului 'carta' pendapatan tertinggi

Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan isterinya, Wong Seow Ching kini menduduki tangga pertama pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM101,160.

Jumlah itu dicatatkan portal mydeclaration.sprm.gov.my menunjukkan pasangan itu mengatasi kedudukan nombor satu sebelum ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya, Betty Chew sebelum ini sebanyak RM86,464.92.

Menurut laman tersebut seperti dilaporkan Malaysiakini, setakat ini, sebanyak 112 ahli Parlimen yang sudah mengisytiharkan pendapatan mereka.

Di tangga ketiga dipegang Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew yang juga adalah timbalan ketua menteri dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.

Berikut antara ahli Parlimen yang mengisytiharkan pendapatan mereka kepada SPRM.

• Baru Bian dan isteri - RM 83,736.48

• Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri - RM 77,629.68

• Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri - RM 75861.57

• Chow Kon Yeow dan isteri - RM 73,576.15

• Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri - RM 72,276.37

• Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri - RM 69186.48

• Teresa Kok - RM68,142.66 - Sinar Harian

Nga Kor Ming

Artikel Lain