suria

Ah long ugut rogol isteri kalau tak langsai hutang

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dan keluarganya kini diselubungi ketakutan, berikutan gangguan tanpa henti daripada ah long.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia meminjam wang daripada beberapa ah long untuk tujuan peribadi, pada Jun tahun lalu.

"Saya dapat membayar balik RM3,600 daripada pinjaman sebanyak RM5,000.

"Bila saya tanya untuk selesaikan hutang itu, peminjam tuntut RM12,000.

"Bila saya tak dapat langsaikannya, dia ugut nak siarkan gambar isteri saya dan edarkan risalah kepada jiran-jiran.

"Pada 3 November lalu, dia juga mengancam untuk mendapatkan seseorang untuk merogol isteri saya," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Awam dan Aduan MCA di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Wong berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di balai polis Gombak, 3 November lalu. 

ah long

Artikel Sebelum

Rafidah umum mahu sertai Bersatu

Artikel Lain