suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafidah umum mahu sertai Bersatu

Rafidah Aziz.

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan beliau mahu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah memberitahu mengenai hasrat beliau kepada Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor akhbar harian berbahasa Melayu, Berita Harian.

“Saya mahu sertai Bersatu. Saya dah beritahu Perdana Menteri, namun buat masa ini saya belum sempat untuk mendapatkan dan mengisi borang keahlian.

“Pada saya, di mana hati kita berada itu lebih penting. Menandatangani borang itu hanya simbolik (menyertai parti),” katanya dipetik sebagai berkata, ketika ditemui selepas menghadiri Simposium Institut Pentadbir dan Setiausaha Bertauliah Malaysia (MAICSA) di Kuala Lumpur, Khamis.

Rafidah digugurkan keahlian Umno bersama dua bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim pada 5 Mei lalu, kerana menyokong PH serta menghentam parti itu.

Menurut Berita Harian, Rafidah bagaimanapun enggan dikaitkan dengan Ahli Parlimen Jeli itu yang keluar daripada Umno pada 18 September lalu, sebelum menyertai Bersatu.

Rafidah Aziz, Bersatu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain