suria

Musa Aman dibenar ikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin.

Hakim, Azura Alwi turut mengarahkan Musa untuk menyerahkan kedua-dua pasport biasa dan pasport diplomatik.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman mengaku tidak bersalah 35 tuduhan rasuah

Beliau dibenarkan untuk membayar RM1 juta pada Isnin, dan baki RM1 lagi diselesaikan pada Rabu ini.

Azura turut mengarahkan Musa untuk berada di Semenanjung sehingga jumlah bayaran ikat jamin diselesaikan.

Beliau turut menetapkan sebutan kes pada 13 Disember ini. 

Pendakwaan diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Musa diwakili peguam, Amer Hamzah Arshah.

Sri Ram berkata, pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap ikat jamin yang ditawarkan kepada Musa.

Beliau memohon ikat jamin tersebut ditetapkan sebanyak RM5 juta dengan dua penjamin, dan Musa perlu menyerahkan kesemua pasportnya.

Musa Aman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain