suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musa Aman mengaku tidak bersalah 35 tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meminta dibicarakan terhadap 35 pertuduhan rasuah di Mahkamah Seksyen, di sini.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Azura Alwi terhadap semua pertuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, kerana menerima suapan daripada ejen.

Ia membabitkan dua jurubahasa untuk membaca 35 pertuduhan, di mana kesalahan didakwa dilakukan antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Beliau didakwa menerima sejumlah AS$63 juta (kira-kira RM243 juta) di Hong Kong dan Singapura sebagai sokongan untuk menawarkan konsesi pembalakan di Sabah.

Pendakwaan diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Musa diwakili peguam, Amer Hamzah Arshah.

Sri Ram berkata, pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap ikat jamin yang ditawarkan kepada Musa.

Beliau memohon ikat jamin tersebut ditetapkan sebanyak RM5 juta dengan dua penjamin, dan Musa perlu menyerahkan kesemua pasportnya.

Musa merupakan ketua menteri Sabah selama 15 tahun dari 2003 sehingga Mei 2018.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga berusia 67 tahun itu, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi Isnin, di Putrajaya.

Musa Aman, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain