suria

Saham Gamuda melonjak selepas pengumuman jawatankuasa kaji semula kontrak akan ditubuhkan

Gambar hiasan

PETALING JAYA: Saham Gamuda Bhd meningkat selepas pengumuman satu jawatankuasa untuk mengkaji semula kontrak bawah tanah yang diberikan kepada MMC-Gamuda bagi projek transit massa 2 (MRT2) akan dijalankan oleh Kabinet.

Pada 5 petang Khamis, Gamuda menyaksikan kenaikan harga sahamnya lebih 11% hingga ditutup pada RM2.30, manakala MMC Corp meningkat satu sen kepada RM1.13.

Pada Khamis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar) mengesahkan bahawa sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempertimbangkan kos, reka bentuk dan butiran projek.

Beliau berkata demikian pada Persidangan South China Morning Post’s.

Sementara itu, sumber berkata Gamuda akan menubuhkan pasukan petugas sendiri untuk menangani rundingan mengenai projek MRT2.

"Ketua jabatan akan mengatasi persoalan mengenai projek itu," kata sumber itu.

Terdahulu pada Khamis, memetik sumber, StarBiz melaporkan bahawa Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada empat menteri untuk mengkaji semula projek itu.

Menurut sumber berkenaan, empat anggota jawatankuasa itu ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Azmin. - The Star

Gamuda, MRT

Artikel Lain