suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno nafi ibu pejabat digeledah

Gambar tular yang mendakwa ibu pejabat Umno digeledah.

KUALA LUMPUR: Umno menafikan maklumat tular yang menyatakan ibu pejabat parti itu digeledah secara serentak pagi Jumaat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik portal rasmi parti berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular di media sosial itu merupakan kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran yabg dijalankan di ibu pejabat Umno.

“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat Umno digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan Umno sendiri yang sedang melakukan kemaskini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya kata beliau, Umno sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.

Umno, RoS, SPRM

Artikel Lain