suria

Menteri dilarang bawa isteri ikut serta lawatan kerja ke luar negara

PETALING JAYA: Menteri-menteri yang berkunjung ke luar negara untuk lawatan kerja jangka pendek tidak lagi dibenarkan membawa pasangan dan rombongan penuh, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Dalam satu forum yang dianjurkan oleh Sinar Harian, Azmin berkata keputusan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan.

"Kami membuat keputusan bahawa jika para menteri pergi ke luar negara, mereka tidak boleh membawa isteri, melainkan perjalanan kerja lebih daripada tujuh hari.

"Jika lawatan kerja hanya satu atau dua hari, mereka tidak boleh membawa isteri dan ia tidak akan dibayar oleh kerajaan," katanya.

Azmin menambah bahawa menteri tidak boleh membawa seluruh rombongannya dan hanya dibenarkan membawa dua pegawai untuk lawatan kerja berkenaan.

"Ini adalah budaya kerja kita, kita akan bekerja, bukan untuk bercuti, membeli-belah atau bermain golf," katanya.

Beliau berkata di bawah pentadbiran terdahulu, sudah menjadi satu kebiasaan bagi menteri menghadiri persidangan kerja, tiga hari sebelum ia bermula dan pulang tiga hari selepas ia berakhir.

Tambah beliau, menteri akan bermain golf sementara isteri pergi membeli-belah. - The Star

bawa isteri

Artikel Lain