Aktif bantu masyarakat, Syed Azmi jadi selebriti TV tak lama lagi

Syed Azmi (gambar kecil) dalam lawatannya ke rumah individu yang dibantunya. Foto Facebook Syed Azmi

PETALING JAYA: Siapa tidak kenal Syed Azmi Alhabshi, seorang aktivis sosial bersemangat besar dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Kes-kes yang dikendalikannya mendapat perhatian banyak pihak, bermula dengan kes menyentuh keluarga sehingga memperjuangkan hak dan nasib kanak-kanak dan remaja, termasuk isu buang dan jual bayi serta pedofilia yang hangat diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: YB KJ, Tunggu Saya Bawa Kuih Kapit!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Menggeletar Bila Dia Kata Nak Jual”

ARTIKEL BERKAITAN: Biarpun Hanya ‘Pak Guard’, Tapi Mampu...

Walaupun perkongsiannya di halaman Facebooknya sering dikritik, tetapi pada masa sama beliau meraih banyak sokongan sehingga membuka mata pihak berkuasa dalam membela nasib masyarakat terutama mangsa.

Kerana aura figura ini, kes-kes yang dikendalikan beliau diangkat sebagai intipati dalam program berbentuk majalah khas, ‘Kes Fail Syed Azmi’.

Syed Azmi Alhabshi.

Pencetus program di bawah syarikat produksi O Jingga Production Sdn Bhd, Corrine Abdullah berkata ia merupakan program yang menyentuh kes-kes melibatkan kanak-kanak dan remaja, yang pernah dikendalikan oleh Syed Azmi.

Katanya, antara objektif program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada mangsa, keluarga terutama ibu bapa dan masyarakat secara menyeluruh.

“Kita mahu mewujudkan satu platform bagi memperkasakan mangsa untuk mendapatkan bantuan. Bukan saja mangsa secara individu, tetapi juga komuniti untuk berani bertindak dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Menerusi program ini, mereka terutama mangsa akan dipupuk keberanian untuk tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan tanpa takut atau merasa dihakimi,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Syed Azmi (tengah) bersama pihak produksi mengadakan perbincangan. Foto Facebook Syed Azmi

Mengenai Syed Azmi dilihat sebagai tunjang kepada program tersebut, Corrine memberitahu, aktivis sosial itu cukup dikenali melakukan banyak kebajikan dan membantu banyak kes kemasyarakatan sejak bertahun-tahun.

“Sebut apa saja, kemiskinan, pedofilia, penderaan, buang bayi, mengandung luar nikah sehingga penjualan bayi, semua diangkat oleh Syed Azmi.

“Saya melihat Syed Azmi sebagai seorang yang berintegriti dan mempunyai semangat besar dalam memperjuangkan setiap isu kemasyarakatan,” katanya sambil menambah antara kes yang dikupas adalah pedofilia, buang dan penjualan bayi.

Berhubung program berdurasi 30 minit dengan 13 episod ini, penerbitnya, Abdul Razak Mohd Amin berkata, antara segmennya adalah penggambaran dengan cara penyiasatan dan olahan semula berdasarkan kes sebenar yang dikendalikan oleh Syed Azmi.

Syed Azmi membuat laporan polis berhubung kes penjualan bayi.

Katanya, setiap episod akan memaparkan Syed Azmi sebagai tetamu jemputan yang akan memberi kupasan mengenai kes yang dikendalikannya secara menyeluruh.

“Kita bukan sahaja memaparkan contoh kes tersebut berdasarkan kisah benar, tetapi kita memberi bimbingan kepada masyarakat bagaimana untuk menanganinya. 

“Kita mahu mangsa dan keluarga yang trauma dengan kejadian yang berlaku untuk bangkit semula menjalani kehidupan seperti orang lain,” tambahnya.

Bagaimanapun beliau menegaskan tiada adegan lucah dipaparkan meskipun ia menyentuh kes penderaan seksual atau pembuangan bayi.

“Identiti mangsa juga akan dilindungi, kita tidak akan mendedahkan butiran mereka termasuk merahsiakan lokasi kejadian,” katanya sambil menambah program tersebut turut akan mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa berkaitan dalam menangani dan mencari penyelesaian dalam setiap kes yang dipaparkan.

Syed Azmi (kanan) sering terlibat dalam program komuniti terutama membabitkan kanak-kanak dan belia. Foto Facebook Syed Azmi

Sementara itu, Syed Azmi amat menghargai pihak yang menyedari perjuangan aktivis kanak-kanak seperti beliau dan teman-teman lain.  

“Mungkin dari kaca mata mereka, nasihat saya dalam kes sebegini banyak kali dan banyak persamaan dan kadang-kadang tak sampai maksud. Jadi, mungkin cara visual akan menjangkau lebih dengan kefahaman yang mendalam,” katanya yang mempunyai badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita, PUAKPayong dan pihaknya mengalu-alukan pendekatan kreatif untuk kesedaran awam.

Ditanya mengenai program tersebut akan mengangkat aktivis sosial itu sebagai selebriti TV, Syed Azmi menjelaskan bahawa niat beliau hanya mengharapkan setiap perkongsian beliau dijadikan pengajaran dan ilmu kepada masyarakat.

“Cumanya, yelah saya manusia biasa. Produksi macam ni dengan topik taboo macam ni persepsi masyarakat ada yang suka dan tidak. Ambil mana yang baik untuk dijadikan pengajaran dan ilmu. Itu sahaja niat saya. 

“Tak jadi selebriti kot. Saya pun hodoh dan kekok depan kamera. Rupa pun tak ada, kita marhaen biasa saja. Cuma pesanan dan nasihat yang boleh saya ketengahkan. Lagipun kerja macam ni masih jauh. Syukur ada peluang,” katanya.

Artikel Sebelum

Anwar yakin dapat tawan Port Dickson

Artikel Berikut

SPRM rampas, beku RM2.5 bilion sejak Jun

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain