'Tunggu filem 1MDB kami, bukan yang dibuat oleh 'penyokong BN' - Sarawak Report

PETALING JAYA: Sarawak Report menyelar tindakan penulis buku 'Billion Dollar Whale' kerana memilih penyokong Barisan Nasional (BN), Tan Sri Michelle Yeoh untuk menghasilkan filem adapatsi buku mereka.

"Orang yang menulis buku dan mendakwa Jho Low (Low Taek Jho) memperbodohkan perdana menteri, pihak bank dan dunia, telah memilih penyokong BN iaitu aktres Michelle Yeoh untuk menerbitkannya!," tulis Sarawak Report menerusi Twitter pada Jumaat.

"(Saya) Mencadangkan orang luar untuk menonton filem oleh The Sarawak Report bagi mengetahui kisah sebenar!," tambah 'tweet' itu.

'Tweet' tersebut disertakan dengan beberapa siri posting blog yang mana editor Clare Rewcastle Brown mendakwa penulis bersama 'Billion Dollar Whale', Tom Wright menerima dokumen sensitif 1MDB daripada sumber Clare.

Buku itu tidak memberikan kredit kepada The Sarawak Report walaupun sudah berjanji untuk berbuat demikian.

"Itu bukan satu-satunya janji yang dimungkiri. Dia juga berkata akan terus menghubungi sumber melalui Sarawak Report dan tidak akan membelakangi kami," dakwanya dalam satu posting blog pada Selasa.

Clare turut mendedahkan rancangan untuk menghasilkan filem berdasarkan bukunya, “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Exposé”.

'Tweet' terkini itu dimuat naik beberapa jam selepas Wright mengumumkan Ivanhoe Pictures mendapatkan hak penerbitan filem buku tersebut bersama Yeoh yang akan menjadi penerbit bersama.

Ivanhoe Pictures, sebuah syarikat SKL Global yang membiayai dan menerbitkan filem Crazy Rich Asians, yang turut dibintangi oleh Yeoh sebagai Eleanor Young.

Yeoh terdahulu berkongsi gambarnya membaca buku Billion Dollar Whale di Facebook dan menggambarkan bahawa buku itu menarik.

Rakyat Malaysia mengecam aktres tersebut kerana terus menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pada PRU13 lalu, Yeoh secara terbuka menyatakan sokongan kepada Najib dan terus mempertahankan keputusannya walaupun dikritik. - The Star

Sarawak Report

Artikel Sebelum

Najib selesai bayar wang jamin RM3.5 juta

Artikel Lain