suria

Adun Chenderoh cedera kemalangan

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 329, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Tapah.

Sementara itu, 11 yang lain turut mengalami cedera ringan dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan pada pukul 6.40 pagi Jumaat.

Ketika kejadian, Zainun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu lori berusia 33 tahun yang membawa porselin hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di lebuhraya.

Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Adun Chenderoh itu kemudian melanggar lori berkenaan, dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut dalam perjalanan ke Pau juga melanggar kedua-dua kenderaan tersebut.

"Adun sedang menerima rawatan di wad pemerhatian, unit kecemasan di Hospital Tapah," tambah Wan Azharuddin.

Zainun Mat Noor

Artikel Lain