suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 13 jam disoal SPRM, Rosmah dipanggil polis pula

GEORGE TOWN: Datin Seri Rosmah Mansor mungkin akan disoal siasat oleh pihak polis pula selepas selesai menjalani sesi soal jawab selama 13 jam dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis itu berkata, isteri bekas perdana menteri itu perlu membuktikan hak pemilikan sah ke atas barangan kemas yang disita di kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rosmah akan dipanggil lagi kerana barangan kemas yang disita didakwa adalah miliknya.

"Kami memerlukan beliau untuk mengenal pasti dan mengesahkan barangan itu," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Sesi soal siasat itu dijangka mengambil masa panjang kerana terdapat pelbagai barangan yang disita.

Pihak polis perlu menjejaki asal-usul barangan itu sehingga ke penjualnya. - The Star

Rosmah Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Lain