Malaysia nak bawa balik Jho Low guna 'cara persendirian' - Tun M

NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sedang berusaha melalui "cara-cara persendirian" untuk membawa balik ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho, atau Jho Low, dari negara China.

Perdana Menteri Malaysia itu memaklumi bahawa Kuala Lumpur tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

"Agak rumit untuk menuduh China menyembunyikan dia, jadi kita akan usahakan beberapa cara atau melalui usaha-usaha persendirian untuk membawa balik Jho Low dari China," kata Dr Mahathir yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Majlis PBB mengenai Hubungan Luar, di sini pada Rabu.

Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, telah didakwa tanpa hadir di Malaysia bulan lepas terhadap pertuduhan berkaitan kecurian wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ditanya sama ada China bersetuju dengan Jho Low yang menyifatkan dirinya sebagai aset perisikan China, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir begitu. Saya tidak fikir China memberi sedikit pun penghormatan kepada dia."

Ketika diminta pandangannya mengenai mengapa China enggan menghantar pulang Jho Low, beliau berkata: "Mungkin dia sedang cuba untuk tawar-menawar sesuatu atau seumpamanya."

Dr Mahathir memberi bayangan bahawa jumlah orang yang terlibat dengan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan skandal 1MDB "sangat besar sehinggakan mustahil untuk mendapatkan semua mereka pada masa ini".

"Ia perlu dilakukan secara berperingkat. Kita akan cari yang besar dulu. Dan memandangkan kita sangat bersungguh-sungguh hendak mendaulatkan undang-undang, ia mungkin mengambil masa lebih panjang…kami mahu mengemukakan bukti-bukti kukuh yang boleh diterima oleh mahkamah.

"Bagi tujuan itu, kami perlu menjalankan banyak penyiasatan dan mengumpul banyak dokumen. Lambat-laun kita akan dapatkan semua yang lain itu,"  kata beliau.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini telah didakwa dengan kira-kira 30 pertuduhan berkaitan kecurian wang daripada 1MDB.

Dr Mahathir juga ditanya mengenai hubungan Malaysia dengan beberapa warga Arab Saudi yang menurut dakwaan Najib telah memberinya derma sebanyak RM2.6 bilion.

"Oh, kita tidak menuduh mereka secara langsung," katanya dan menambah, sekiranya benar mereka telah memberi wang tersebut sebagai derma kepada Najib, mereka hendaklah menunjukkan bukti-bukti.

"Setakat ini, tiada bukti,"  kata perdana menteri itu. - Bernama

Jho Low

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain