suria

Isa Samad cabar Anwar di Port Dickson

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon bebas.

Isa yang pernah menyandang jawatan tersebut selama 22 tahun dan bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau ingin bertanding kerana beliau seorang 'PD boy'.

ARTIKEL BERKAITAN: PAS bukan pesaing Anwar di Port Dickson

"Saya berkeputusan untuk bertanding sebagai calon bebas sebab kerusi itu kosong.

"Sebab lain adalah Umno tidak mahu bertanding," kata beliau.

Isa pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi selama lima penggal.

Beliau juga pernah memenangi kerusi Bagan Pinang pada PRK 2009.

Kedua-dua kerusi adalah di Parlimen Port Dickson.

Isa yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol dan bekas Ketua Umno Teluk Kemang berkata, beliau mempunyai peluang cerah untuk menang kerana beliau telah lama berkhidmat di kawasan tersebut. - The Star

Isa Samad, PRK Port Dickson

Artikel Lain