Pengunduran Tok Pa pengakhiran Umno - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.

Syed Saddiq berkata Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin Umno yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan anggota Parlimen Jeli itu.

"Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara telah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan.

"Apabila mendengar beliau keluar Umno, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada Umno…kehilangan orang macam beliau (Mustapa) sesuatu yang besar kepada Umno," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara empat pendebat dalam siri debat umum bulanan dikenali "Re:Action-Youth Engaged' anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan di universiti berkenaan, malam ini.

Tiga yang lain ialah pendebat terbaik Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhir; pelajar kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Kishen Sivabalan dan pelajar tingkatan empat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Atiyah Khairuddin.

Mustapa dalam satu kenyataan hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Beliau mengambil keputusan itu setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju Umno dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

Ditanya sama ada Bersatu mengalu-alukan Mustapa menyertai parti itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

"Saya berharap Tok Pa bersama kita untuk masa depan rakyat Malaysia kerana beliau pemimpin yang sangat bagus, tapi sekiranya tidak bersama, saya tetap akan hormati beliau," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program debat ini, Syed Saddiq menyifatkan program tersebut berjaya kerana perbincangan dan pengucapan awam mengenai isu-isu semasa dibincangkan secara umum oleh golongan muda.

“Saya berpandangan kejayaan hari ini akan disusuli dengan lebih banyak perbincangan formal, akan ada perbincangan yang lebih rancak di media sosial dan juga media arus perdana termasuk televisyen dan radio,” katanya.- Bernama

Tok Pa, Syed Saddid

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain