Zakaria letak jawatan presiden, CEO FGV

Zakaria Arshad.

KUALA LUMPUR: Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantungannya yang diumumkan sebelum ini telah berakhir.

Bagaimanapun, penyiasatan forensik yang dinyatakan dalam kenyataan FGV daripada lembaga pengarah pada 28 Ogos akan diteruskan, katanya.

Siasatan yang dimulakan pada akhir 2017 untuk melihat pelbagai transaksi yang menyebabkan FGV terdedah kepada kerugian besar, dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

FGV juga memberi jaminan bahawa perniagaan kumpulan akan diteruskan seperti biasa.

"Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang terdiri daripada empat Pengarah FGV, iaitu Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan terus melaksanakan fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV," katanya.

Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lepas.

FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhirnya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya. - BERNAMA

FGV, Zakaria Arshad

Artikel Sebelum

SPRM serbu pejabat Felcra di Setapak

Artikel Berikut

Tok Pa keluar Umno

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain